Sunday, 21 July 2013
I'm a coffee addict
Haish ini adalah salah satu perkara yang aku masih tidak mampu nak berhenti terus. KOPI. Ya aku sangat suka minum kopi.
Dulu masa belajar pagi sekali tengahari sekali kadang-kadang malam pun aku bantai kopi.
takde kopi yang paling digemari sebab aku jenis memang suka semua jenis kopi. Espresso boleh, mocha boleh, nescafe boleh, kopi kapal api boleh, indo cafe boleh, latte pun boleh janji dia kopi dan seangkatan dengannya.
Panas boleh....ais lagilah tersangat boleh.
cuma sekarang ni jer semenjak makan diet supplementary Shaklee (Lechitin) terpaksalah aku korbankan sikit kopi ni. mula-mula memang susah jugak sebab dah jadi habitkan tapi gagahkan jugak.
sekarang ni seminggu tu cuba minum sekali sahaja. itupun bila dah minum kopi pagi tu (sahur) aku tak sentuh pun ubat lecithin tu dah.
takpelah orang kata minum kopi ni okay tapi kalau dah berlebihan pun boleh sakit juga. makanan ni biasalah kurang x boleh kalau lebih lagilah bermasalah.
Sekarang ni aku masih ada lagi separuh botol kopi davidoff yang aku beli kat zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam (jauh tak jauh kopi aku ni) memandangkan aku terpikat sangat dengan botolnya dan maklumlah nama pun kopi jadi tak fikir panjang nak beli dan cuba.
Seksi kan botolnya? lepas dah abis yang ni aku nak beli jenis yang lain pulak dari jenama yang sama hehe :) mesti sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment