Saya mengalami masalah jerawat badan yang sangat kronik :( bukan yang kecil-kecil tapi yang besar-besar. Dah macam-macam produk guna tapi semuanya tak jalan. makin teruk lagi adalah.
orang kata masalah jerawat badan ni sebab ada resdung. Jadi saya buat juga rawatan resdung sendiri (yang gunakan asap) tapi macam biasa jerawat badan tak jugak susut.
Sampailah saya ada terbaca di satu forum ni dia suggest guna satu sabun ni. Dia bagitau dia pun mempunyai masalah jerawat yang teruk tapi makin baik bila dia mandi laut.
Jadi dia cuba nak hilangkan guna garam biasa tapi tak berhasil jadi dia cuba cari garam laut.
Saya pun akibat nak sangat menghilangkan jerawat ni saya cubalah juga cari-cari dan akhirnya saya jumpa sabun tersebut berdekatan pasaraya di kawasan tempat tinggal saya.
Sabun yang saya maksudkan adalah ORGANIC SALT SOAP. Mak aii pakai sabun ni memang tahap pedih sebab garamkan. Tak ada buih tak ada bau. Bila sapu kat kulit tu nampak butiran garam jer.
Untuk elakkan saya pakai sabun garam ni sakit mula-mula saya cuci bahagian jerawat tu dengan pencuci muka SIMPLE saya. adeh memang agak parah gak sebab kena pakai pencuci simple tu kan tapi takpelah redha.
Alhamdullilah lepas pakai sabun garam ni tuk 2 minggu jerawat saya dah makin mengecut. Cuma memang saya akui pakai memang pedih. siap luka lagi saya punya jerawat tu tapi demi nak bagi badan licin saya larungkan jer.
Sekarang ni saya dah tak guna produk simple kat badan. Saya cuci dulu dengan Bamboo Salt Shower Gel lepastu baru tekap dengan sabun garam ni :)
Masih lagi belum hilang sepenuhnya jerawat saya ni tapi Alhamdullilah dah semakin mengecut. Kalau dah clear akan di post baru kelak hehe untuk bagitau berkesan ke tak.
Ditambah pula saya mengamalkan pengambilan Supplement Shaklee jadi kulit saya pun makin okay.
Walau apapun kita hanya usaha sahaja Allah lah yang menentukan. Jadi jangan pernah putus asa ya untuk hilangkan jerawat badan ni. Kalau dah cuba bermacam-macam produk dan masih lagi teruk mungkin anda patut jumpa pakar kulit. Mungkin dia ada jalan penyelesaian kepada masalah kulit yang anda alami.


No comments:
Post a Comment